Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah kita melabuhkan tirai MY CYBER HERO (MYCH) 2024.
Pertama sekali yang perlu saya ucapkan adalah setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pasukan yang terdiri dari pelajar dan guru termasuk juga semua jentera penyokong pasukan, ibubapa, PIBG, pentadbir sekolah, pegawai PPD, YB dan lain-lain. Jujurnya pihak kami sangat terkejut dengan sokongan yang telah diberi. Kami amat bersyukur kerana kita semua dapat sama-sama menjayakan program MYCH yang julung kali ini dengan lancar dan harmoni.
Kedua, kami ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kesilapan kami. Kami ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukakan dan akan mengkaji untuk penambahbaikkan dimasa akan datang. Sifat berbudi bahasa dan menghargai satu sama lain dalam perbincangan yang kita amalkan hanya akan memberi impak yang lebih positif untuk kebaikan pelajar dan kita semua.
Ketiga, ucapan tahniah khususnya yang telah berjaya dengan cemerlang dipertandingan akhir semalam. Penerima sagu hati, anda juga hebat dengan memberi saingan yang sengit hingga kesaat-saat akhir. Kepada semua peserta dari peringkat kelayakan, anda dikagumi kerana berani menceburkan diri di dalam bidang ilmu yang pada mulanya agak asing bagi diri kamu, perjuangan kamu harus diteruskan dan dengan usaha dan doa semua mampu cemerlang. InsyaAllah.
Terima kasih sekali lagi kepada semua. Kita sapu air mata kegembiraan yang telah menitis dan kita nantikan kembalinya MYCH di tahun hadapan. Mohon doakan kami dan beri kekuatan kepada kami dengan sokongan di media sosial kami.
https://www.facebook.com/steminme (follow dan like)
www.youtube.com/@steminme7226 (subscribe dan like)
p/s : Ketua Eksekutif NACSA dalam kesibukan ada datang melawat ke medan pertempuran MYCH semalam dan beliau sangat teruja denga kehadiran pelajar bersama-sama penyokong. Ada dia “hint” … tahun depan … peringkat zon … peringkat Asean … saya tak boleh share lebih-lebih … tungguuu …