MPP UTM - Official Channel: post #6949 — TG.ME

[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK UTM]

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Pasukan Bola Sepak UTM atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 Liga Bola Sepak IPT Divisyen 2 2026 yang berlangsung pada 9-15 Ogos 2026 di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau.

Pencapaian Tempat Ke-4 ini turut melayakkan Pasukan Bola Sepak UTM untuk terus beraksi dan akan bertanding dalam Piala Menteri KPT 2026. Ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna hasil daripada usaha gigih, semangat juang dan komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Kejayaan ini mencerminkan dedikasi, disiplin serta semangat juang tinggi dalam kalangan mahasiswa UTM dalam mengharumkan nama universiti di peringkat yang lebih tinggi.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus aktif, berdaya saing dan cemerlang dalam bidang kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

---

[CONGRATULATIONS TO THE UTM FOOTBALL TEAM]

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, 你好, வணக்கம்
Greetings,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Heartiest congratulations to the entire UTM Football Team on securing 4th Place in the IPT Football League Division 2 2026, which took place from 9 to 15 August 2026 at UiTM Perlis Branch, Arau Campus.

Securing 4th Place also qualifies the UTM Football Team to advance and compete in the Higher Education Minister's Cup (Piala Menteri KPT) 2026. This represents a meaningful recognition of their hard work, competitive spirit, and high dedication shown throughout the tournament.

This achievement reflects dedication, discipline, and high sportsmanship among UTM students in bringing honor to the university at a higher level.

May this success serve as an inspiration to all students to remain active, competitive, and excel in co-curricular pursuits.

Thank you.

Sincerely from,
Student Representative Council
Universiti Teknologi Malaysia
Session 2025/2026
August 20, 2026 3.4K 1