ISNIN | 1 JUN 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku.
[KENYATAAN RASMI MPP UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2025/2026]
PENYERTAAN WAKIL MAHASISWA DALAM PROGRAM PEMERKASAAN BANGSA 2.0
Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 merupakan sebuah program pembangunan modal insan yang memberi penekanan kepada aspek pemerkasaan ilmu, kepimpinan, sejarah, kenegaraan serta pembangunan bangsa. Pengisian yang dibawakan bertujuan memperluas pemahaman peserta terhadap sejarah pembentukan negara, cabaran pembangunan semasa serta peranan generasi muda dalam meneruskan agenda pembangunan masyarakat dan negara.
Dakwaan bahawa program ini bertujuan mempengaruhi mahasiswa secara keseluruhannya adalah tidak tepat. Penyertaan dalam program ini hanya melibatkan beberapa orang wakil mahasiswa sahaja dan bukannya keseluruhan warga mahasiswa. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai platform pembangunan kepimpinan, perkongsian ilmu dan pengembangan perspektif kepada wakil-wakil yang terlibat.
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak menyokong penuh UiTM dalam terus mempertahankan peranannya memperkasakan agenda Melayu dan Bumiputera di negara ini sebagai institusi pendidikan yang mendukung budaya ilmu, pemikiran kritis, kepimpinan serta pembangunan mahasiswa yang holistik. UiTM bukan medan politik kepartian, sebaliknya sebuah institusi pendidikan yang berperanan membentuk mahasiswa berilmu dan berkepimpinan demi pembangunan bangsa serta negara.
Sekian, terima kasih.
“KEPIMPINAN BERVISI, MEREALISASI ASPIRASI BITARA"
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM CAWANGAN PERAK
SESI 2025/2026
#PERAKPERFORM