SELASA | 18 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[PERMOHONAN BIASISWA PASCASISWAZAH 2026 KINI DIBUKA]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Pascasiswazah 2026 kini telah dibuka kepada seluruh pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara.
🗓️ Tarikh Permohonan: 17 Ogos – 7 September 2026
📌 Syarat kelayakan:
• Keutamaan kepada pemohon yang lahir dan menetap di Negeri Johor.
• Berumur tidak melebihi 40 tahun.
• Mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
• Tidak menerima pembiayaan lain pada peringkat pengajian yang sama.
• Pengajian secara sepenuh masa.
📲 Mohon di:
https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login
⚠️ Kelulusan adalah tertakluk kepada kuota dan peruntukan tahunan YPJ.
Sekian, terima kasih.
“SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
#YPJ
#BiasiswaPascasiswazah
#BantuanPendidikan










