[MAKLUMAN PENGOPERASIAN KAFE DI TUN SABARIAH]
KHAMIS | 30 JULAI 2026
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Progresif.🎓
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Kafe di Tun Sabariah tidak akan beroperasi pada 31 Julai 2026 (Jumaat) bersempena Program Rewang Muafakat Kasih Dapur Siswa Madani 3.0 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
📍Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
📍Tempat: Dapur Siswa Madani, Kolej Tuah
📍Waktu: 2:15 petang
📌 Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang berkelapangan pada waktu tersebut dijemput hadir ke program tersebut dan menikmati juadah percuma yang disediakan.
Diharapkan agar semua mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2025/2026
2July 30, 2026 1.4K