PERMOHONAN MENJADI PETUGAS SUKARELAWAN PENGAWAS SPM 2026
Boleh share info2 ni kat kenalan saudara mara jiran tetangga utk permohonan menjadi petugas Sukarelawan SPM 2026
⚠️WAJIB Bertugas sepanjang tempoh peperiksaan SPM Bertulis 2026 bermula
M1 : 23-26 Disember (4 hari)
M2: 30 Nov, 1-3 Dis (4 hari)
M3: 7-10 Dis (4 hari)
M4: 14-17 Dis (4 hari)
Total 16 hari
Walau bagaimanapun, bergantung kepada PUSAT PEPERIKSAAN ditempatkan nanti.
(Purata pusat maksima hari bertugas 12-14 hari sahaja)
Syarat:
1. Berumur 18-60 tahun dan SIHAT TUBUH BADAN
2. Sekurang²nya mempunyai sijil SPM dan ke atas.
3. Mempunyai kenderaan sendiri
4. Bukan kakitangan kerajaan persekutuan/kerajaan negeri sedia ada.
✅Lepasan universiti
✅Pelajar Uni/kolej sedang bercuti semester
✅Suri rumah
✅Penganggur
✅Pesara
dialu-alukan membuat permohonan
Jika berminat dan melepasi kriteria dinyatakan, boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan
https://elp.moe.gov.my
Atau melalui aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) yang dimuat turun melalui telefon pintar (android/ i-phone / huawei)
Tarikh buka permohonan bermula 30 Ogos dan berakhir 28 September 2026.
Terima kasih.
SPP PPDKS

















