@JodohTillJannah
Nama: Mohd Khairil bin Embi
Jantina: Lelaki
Umur: 42 tahun
Agama: Islam
Status: Duda
Asal: Kuantan, Pahang
Lokasi terkini: Cheras, Selangor
Berat / Tinggi: 62kg / 175cm
Pekerjaan: Pelukis Pelan
Hobi / Kemahiran: Bertukang, model rebuilt
Cara berhubung:
WhatsApp – selepas saling mengenali
Facebook –
Instagram –
Twitter – Tiada
Telegram – @Cengkerangkeras
Tentang diri
Seorang yang agak sederhana dan tidak begitu gemar bersosial. Lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan orang yang rapat.
Jenis yang tidak banyak bercakap pada awalnya, tetapi mudah mesra dan ramah apabila sudah mengenali seseorang.
Saya mementingkan agama, adab, maruah diri serta nilai-nilai tradisional dalam kehidupan. Suka aktiviti bersama keluarga, berjalan-jalan, dan menjalani kehidupan yang tenang.
Dalam kehidupan seharian, saya bagus dalam menjaga kebersihan diri, disiplin dan tanggungjawab sebaik mungkin.
Ciri-ciri pasangan yang diharapkan
Tidak mencari seseorang yang sempurna. Cukuplah seorang wanita yang:
• Sejuk mata memandang dan menyenangkan hati
• Menghormati pasangan dan keluarga
• Tahu menjaga maruah serta kehormatan diri
• Mempunyai adab dan akhlak yang baik
• Menjaga kesihatan dan mengamalkan kehidupan yang aktif
• Mempunyai fizikal yang sihat dan kemas
Bonus kalau... 😊
• Pandai berhias dan menjaga penampilan
• Suka makan 😄
• Suka bersembang, bercerita atau membebel
• Orang Kuantan / Pahang
• Tidak terlalu tinggi dan kecil molek
Lingkungan umur: 30 – 38 tahun
Kenapa menyertai JTJ?
Mungkin sudah sampai waktunya untuk mencari seseorang yang boleh menjadi teman dalam perjalanan hidup seterusnya.
Bukan sekadar mencari pasangan, tetapi seorang teman untuk berbual, berkongsi cerita, bergurau, bertukar pandangan, melakukan aktiviti bersama dan saling mengingatkan apabila tersilap langkah.
Saya rindukan suasana ada seseorang yang menunggu untuk mendengar cerita tentang hari saya, dan seseorang yang ceritanya pula ingin saya dengar.
Semoga dipertemukan dengan seorang wanita yang boleh menjadi teman sembang, sahabat, pasangan, cermin diri dan peneman dalam susah senang.
Jika ada jodoh, biarlah hubungan itu dibina atas dasar agama, kejujuran, hormat-menghormati dan kesediaan untuk saling melengkapi.
Gambar:
Saya sertakan gambar mengikut keselesaan. 😊