"Insya-Allah."
Dan kalau kita jujur, kebanyakan masa kita menyebutnya bukan kerana kita bergantung kepada Allah.
Kita menyebutnya sebab kita tak nak kata tidak.
Kawan ajak datang program. "Insya-Allah." Padahal dalam hati dah tahu tak nak pergi.
Orang minta tolong. "Insya-Allah." Padahal kita memang tak berniat pun.
Kita jadikan nama Allah sebagai jalan keluar yang sopan.
Sedangkan maknanya bukan itu langsung.
"Insya-Allah" bermaksud: jika Allah mengizinkan. Ia pengakuan bahawa kita berniat sungguh-sungguh, tetapi kita tahu kita tak memiliki masa depan. Yang memiliki masa depan itu Allah.
Maknanya, ia bukan pengganti kepada "tidak". Ia pengiring kepada "ya".
Ada satu ujian yang mudah untuk diri sendiri.
Selepas kita sebut "insya-Allah", tanya: adakah aku betul-betul berniat nak buat?
Kalau ya, kita menggunakannya dengan betul.
Kalau tidak, sebenarnya kita cuma tak berani berkata tidak dan kita pinjam nama Allah untuk menutupnya.
Berkata tidak dengan jujur itu lebih baik daripada berkata insya-Allah yang kita sendiri tahu kosong.
Moga menjadi panduan permulaan hari ini .
#perkongsianilmu
#IslamForU
4September 20, 2026 35 1