RUMAH YANG DISELAMATKAN ALLAH SWT
Rumah ini dikatakan milik sebuah keluarga Islam di Nepal.Pada pandangan mata, rumah ini kelihatan biasa sahaja. Tidak besar, tidak mewah dan jauh daripada kemewahan dunia.
Tetapi ketika banjir besar melanda Nepal, rumah ini berhadapan dengan arus banjir yang sangat deras dan kuat.Rumah2 lain di sekitarnya hancur dan dihanyutkan arus banjir.
Namun, dengan izin Allah swt, rumah ini tetap kukuh berdiri dan tidak dihanyutkan banjir.
Lebih menyentuh hati, semua penghuni rumah ini turut Allah swt selamatkan. 🤲🕋😭
Dikatakan, penghuni rumah ini sentiasa mengamalkan Doa Abu Darda selepas solat Subuh, memohon perlindungan Allah swt untuk diri, keluarga dan harta benda mereka.
Benarkah doa itulah yang menjadi sebab perlindungan ? Wallahu a'lam
Kita tidak boleh memastikan sesuatu musibah berlaku atau tidak semata-mata kerana satu amalan tertentu. Tetapi kita yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah swt Maha Berkuasa untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.Allah swt berfirman :
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
" Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluannya."
( Surah At-Talaq: 3 )
Antara doa yang biasa diamalkan :
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Doa ini mengandungi pengakuan bahawa hanya Allah swt tempat kita bertawakal dan memohon perlindungan.
Banjir boleh menghanyutkan rumah.
Arus yang deras boleh memusnahkan harta.
Tetapi apabila Allah swt mengkehendaki seseorang itu selamat, tiada siapa mampu menghalang pertolonganNya.
Rumah mungkin kecil, tetapi perlindungan Allah swt tiada batasnya.Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita semua :
Jangan hanya sibuk membina rumah yang kukuh untuk melindungi diri daripada dunia, tetapi bina juga hubungan yang kukuh
dengan Allah swt untuk mendapatkan perlindunganNya.Hidupkan rumah kita dengan solat, Al-Quran, zikir, doa dan amal soleh.
Semoga Allah swt melindungi kita, ibu bapa kita, pasangan kita, anak-anak kita, keluarga kita serta rumah2 kita daripada segala musibah, bencana dan perkara yang tidak baik.Syukur Alhamdulillah atas setiap nikmat keselamatan yang Allah swt kurniakan.🤲🕋😭
#UT
#DoaAbuDarda
#PerlindunganAllah
#AllahMahaBerkuasaMakhlukTiadaKuasa
#banjirnepal
#perkongsianMaya
#IslamForU