📢 HEBAHAN PENDAFTARAN MINAT PENYERTAAN iBAF2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai 12th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference (iBAF2026) yang akan berlangsung pada 9–10 September 2026.
Melalui penajaan yang diterima, beberapa pelajar berpeluang dipilih untuk menghadiri persidangan antarabangsa ini. Sehubungan itu, semua pelajar yang berminat dimohon mengisi borang pernyataan minat melalui pautan berikut:
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfiYher8DE4UjAosE67eHHELp0-NUcLzxhX5smKXTpf9FO4xw/viewform
Penajaan ini adalah untuk penyertaan berpandukan butiran berikut:
Tarikh: 9 September 2026
Masa: 0800-1700
Lokasi: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA
Maklumat penting:
• Pengisian borang ini adalah bagi tujuan mengumpul minat penyertaan dan tidak menjamin pemilihan sebagai peserta.
• Peserta yang berjaya akan dimaklumkan selewat-lewatnya sebulan sebelum program.
• Peserta yang dipilih hendaklah memberikan komitmen penuh untuk hadir. Sekiranya tidak dapat hadir selepas pengesahan dibuat, peserta perlu mencari pengganti atau tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
• Penginapan tidak disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai persidangan antarabangsa yang menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri dan penyelidik dari dalam serta luar negara bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kewangan Islam, perbankan, perakaunan dan fintech.
Tarikh tutup pendaftaran: 31 Julai 2026