INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berasrama Penuh-Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Tentera Diraja, Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 bagi kemasukan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM:
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Syarat permohonan :
a) Warganegara Malaysia;
b) Mendaftar dalam Modul Pengurusan Awam:
i. Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) bagi murid sekolah kerajaan; dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi murid sekolah swasta yang berdaftar dengan kerajaan.
c) Murid Tahun Enam (6) tahun 2026:
i. Berumur 12 tahun; atau
ii. Lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015
d) Murid Tingkatan Tiga (3) tahun 2026:
i. Berumur 15 tahun ; atau
ii. Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 11 September – 22 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026