Malam Jumaat & Hari Jumaat
Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal.”
(HR. Muslim no. 809)
Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi.”
(HR. Muslim no. 2937)
Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.”
(HR. Ahmad 6: 446)
Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi 2: 546)
Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al Baihaqi)
Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi secara keseluruhannya pada hari jumaat akan dipancarkan cahaya untuknya antara 2 jumaat, ini berdasarkan hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ
Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah Al kahfi pada hari jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua jumaat."
Dalam hadis lain juga ada menyebut barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi maka akan dipelihara daripada fitnah dajjal sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya : "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi, dia akan dipelihara daripada dajjal."