JHEPA Prihatin Terhadap Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar
Satu lawatan kebajikan telah diadakan bagi menziarahi pelajar Tahun 1, Fakulti Komputeran, yang kini menerima rawatan di Hospital Pekan.
Lawatan ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan universiti terhadap keadaan pelajar, di samping memastikan kebajikan serta keperluannya terus diberikan perhatian.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Penasihat Akademik (PA) pelajar, Dr. Azizah Mohamad, Pengetua Residen Pelajar 5 (RP5), Ts. Dr. Zainah Md Zain, Felo RP5, En. Muhammad Afif Kamaruddin, Pegawai Psikologi serta wakil Bahagian Kebajikan JHEPA.
JHEPA sentiasa komited dalam memastikan setiap pelajar menerima perhatian sewajarnya, khususnya ketika berdepan dengan cabaran dan ujian. Keprihatinan terhadap aspek kesihatan, kebajikan, akademik dan kesejahteraan pelajar merupakan tanggungjawab yang sentiasa diberi keutamaan.
“Wisdom Drives Excellence”
#JHEPAUMPSA
#UMPSAMalaysia
#RancakkanMadani