𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐆𝐏𝐌 𝐔𝐂𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐆𝐀𝐙𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 #𝐏𝐔𝐋𝐈𝐇𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐙𝐀
Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyambut baik pengumuman gencatan senjata antara Zionis Israel dan Palestin setelah konflik yang berlangsung selama 467 hari. Keputusan ini memberikan harapan baru bagi rakyat Palestin, khususnya di Gaza, yang telah melalui ujian yang sangat besar dalam menghadapi peperangan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Gaza atas kesabaran dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi kehilangan, sama ada dari segi keluarga, harta benda, mahupun kehidupan yang perlu dibina semula. Semangat juang dan keazaman yang ditunjukkan oleh setiap ahli Gaza adalah sumber inspirasi bagi kita semua.
GPM ingin memberikan jaminan untuk terus menyokong proses pemulihan Gaza dengan melancarkan Kempen #PulihkanGaza. Kempen ini akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek pemulihan yang kritikal, termasuk:
a. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 kembali rumah serta tempat kediaman yang telah rosak atau musnah.
b. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻, termasuk membina kembali Sekolah Tahfiz Siraj Al-Munir yang telah dimusnahkan semasa konflik, dan memberikan sokongan segera kepada pelajar di Gaza agar dapat memulakan pendidikan mereka.
c. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗚𝗮𝘇𝗮 yang menjadi yatim melalui Kempen Anak Angkat Gaza GPM.
d. 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴, termasuk membina semula Ladang Ternakan Ayam Moden serta Kilang Roti bagi memastikan keperluan makanan rakyat Gaza dapat dipenuhi.
e.𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 seperti bantuan khemah, makanan asasi, bekalan air bersih, kit kebersihan, dan keperluan kehidupan lain yang amat penting dan mendesak.
Kempen Pulihkan Gaza ini pastinya akan memerlukan belanja yang besar. Justeru, GPM meletakkan 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗥𝗠𝟭𝟬,𝟬𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 untuk fasa pertama pemulihan dan kerja-kerja ini akan dimulakan segera di bawah pengawasan Pengurus Besar GPM di Gaza, Dr. Tareq al-Talmas
Kami menyeru semua individu, syarikat, dan badan bukan kerajaan untuk bersama-sama menyokong kempen ini demi masa depan Gaza yang lebih cerah.
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan, sila layari laman sesawang rasmi GPM atau hubungi:
E-mel : [email protected]
No. Telefon : (+60)19 241 1987 / (+60)3 4144 3441
Alamat : 33-1, Jalan 2a/27a, Seksyen 1, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Sumbangan : www.pedulipalestin.com
𝗦𝗬𝗔𝗛𝗥𝗜𝗥 𝗔𝗭𝗙𝗔𝗥 𝗦𝗔𝗟𝗘𝗛
Ketua Pegawai Ekseutif
Global Peace Mission (GPM) Malaysia