15 April 25 5.00ptg Sungai Petani, Kedah. Terdahulu: Kita telah… — FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN — TG.ME

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN21 Jan 25 2.00ptg Sungai Petani, Kedah. Hadir ke bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPetani) untuk mendapatkan informasi tentang arkitek yang paling tersohor di daerah ini yang kerja efisien. Pencarian arkitek ini bagi submission plan arkitek kepada…
15 April 25
5.00ptg
Sungai Petani, Kedah.

Terdahulu:
Kita telah berjumpa dengan Arkitek bagi mendapat sebutharga untuk submission arkitek plan kepada pihak MPSP.

1001 MASALAH BINA RUMAH LPPSA.

1. Sebutharga yang dikeluarkan oleh Arkitek adalah sangat tinggi.
2. Hal ini disebabkan pihak MPSP mewajibkan untuk dibuat kertas kerja KEBENARAN MERANCANG bagi kawasan seliaan majlis.
3. Tn Zul Hasanain tidak berkemampuan untuk membayar segala kos tersebut sekaligus.

TUGAS FAIZ CONSULTANCY?

4. Apabila client melantik Faiz Consultancy untuk membina rumah secara LPPSA bagi pihak mereka, segala masalah client adalah masalah saya juga.

5. Saya takkan biarkan client terkapai-kapai seorang diri mencari jalan penyelesaian.

6. Client telah bayar saya untuk buat kerja, maka saya jalankan kerja yang diamanahkan.

KEBENARAN MERANCANG:

7. Kertas kerja Kebenaran Merancang melibatkan pelbagai pihak profesional dalam bidang kepakaran masing-masing yang perlu bekerja sekaligus untuk submission kertas kerja.

- Arkitek
- Perancang Bandar
- Jurutera Sivil
- Jurutera Mekanikal & Elektrikal
- Jurukur

8. Arkitek keluarkan sebutharga untuk buat kerja-kerja yang melibatkan keseluruhan tenaga profesional tersebut, dalam satu bill. Sangat tinggi kosnya.

PENYELESAIAN MASALAH?

9. Sesi petang ini, saya bertemu dengan Perancang Bandar untuk mendapatkan maklumat sebutharga untuk buat kerja-kerja submission plan ke MPSP.


- Arkitek (SUDAH ADA)
- Perancang Bandar (SEDANG BUAT KERJA)
- Jurutera Sivil (SUDAH ADA)
- Jurutera Mekanikal & Elektrikal (BELUM)
- Jurukur (SUDAH ADA)

10. Saya akan pecahkan/cerakinkan semua kos tenaga kerja profesional ini, bagi mendapatkan ease of payment untuk mengurangkan beban kewangan pihak client.

11. Saya akan uruskan semua pasukan tenaga kerja ini, dan buat paperwork untuk kita hantar ke MPSP.

Laporan kerja dihantar pada Tn Zul Hasanain.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
❤2🔥1
August 4, 2025 550 2