18 April 25 8.00mlm Sungai Petani, Kedah. Usai kerja pemantauan… — FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN — TG.ME

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIANPhoto
18 April 25
8.00mlm
Sungai Petani, Kedah.

Usai kerja pemantauan pembinaan di lain-lain tempat, saya datang semula ke lokasi kuarters Tn Syaherul untuk ambik anak buah pulang ke rumah kongsi.

Faiz Consultancy adalah sebuah syarikat kontraktor yang mempunyai pasukan tenaga kerja terpilih, yang pandai buat kerja-kerja tertentu. Specialist dalam sesebuah pembinaan rumah.

MASALAH:
Masalah Faiz Consultancy adalah, saya kekurangan tenaga kerja dengan projek-projek pembinaan rumah yang semakin bertambah.

Kuantiti anak buah ada yang tu jer, dok pusing mereka sahaja dari satu tapak ke satu tapak. Maka hal ini akan berlaku kelompongan kerja pembinaan di mana, kadang-kadang seminggu takda orang di tapak.

Faiz Consutlancy menguruskan pasukan anak buah secara pusingan disebabkan kekangan tenaga kerja yang specialist. Saya tidak ambik tenaga kerja sebarangan untuk buat kerja-kerja pembinaan Tn Rumah.

Kita boleh ambik tenaga kerja luar (import), cuma mereka (orang baru) tidak akan faham kehendak kualiti pembinaan yang saya mahukan.

SOLUSI:
Mungkin saya akan cari helper (buruh tidak mahir) lebih ramai untuk buat kerja-kerja kasar seperti membuka rumah kayu ini sampai tinggal rangka.

Tenaga buruh mahir, dikekalkan sedia ada untuk jalankan kerja-kerja yang lebih kompleks dan halus. Faiz Consutltancy memiliki pasukan tenaga kerja sendiri yang boleh kita selesaikan masalah on the spot.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥2
August 16, 2025 582