09 April 25. 11.00pagi Kepala Batas, Penang. MESYUARAT DALAMAN FAIZ… — FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN — TG.ME

FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN28 Mac 25 9.00mlm. Alor Star, Kedah. MESYUARAT DALAMAN FAIZ CONSULTANCY : PASUKAN TADBIR. Sesi malam ini saya temuduga seorang anak muda untuk diambil berkidmat sebagai staff Pelukis Plan yang baru. Sebelum ini, Faiz Consultancy cuma ada seorang sahaja…
09 April 25.
11.00pagi
Kepala Batas, Penang.

MESYUARAT DALAMAN FAIZ CONSULTANCY: PASUKAN PEGUAM.

1. Sesi pagi ini kita berbincang bersama pasukan peguam untuk memenuhi kehendak client yang mahu membina/renovasi rumah secara LPPSA dimana semua kos dokumentasi itu dimasukkan dalam pembiayaan sepenuhnya.

2. Sharat LPPSA adalah, segala kos dokumentasi teknikal, ditanggung sepenuhnya oleh Tn Rumah.
- Plan arkitek.
- Plan jurutera
- Borang jurukur
- Kos perjanjian peguam
- Bayaran kepada PBT

Semua kos kertas kerja ini perlu ditanggung oleh Tn Rumah. LPPSA hanya akan berikan pembiayaan bagi membina rumah sahaja.

3. Saya perlu berbincang bersama pasukan peguam untuk menjamin hak tenaga profesional yang lain.

4. Dalam tempoh 12 bulan ke belakang, ada satu syarikat kontraktor di Selangor yang menyediakan perkhidmatan semua kos kertas kerja akan ditanggung oleh pihak mereka.

Maka berpusu-pusu lah Tn Rumah berhajat nak membina rumah dengan kontraktor tersebut. Selepas beberapa bulan, syarikat kontraktor tersebut sudah tidak buat lagi pakej sebegitu. Saya faham ja sebab apa mereka sudah tak buat.

1001 MASALAH KERTAS KERJA.

5. Arkitek/Jurutera boleh sahaja menangguhkan pembayaran untuk kerja-kerja yang mereka lakukan, cuma sudah jadi banyak kes dimana arkitek telah buat kerja dari awal sampai habis tugasnya, tiba-tiba client tak jadi nak buat rumah.

Arkitek/Jurutera kena buat kerja dahulu, kemudian submit kepada PBT untuk kelulusan. Sudah lulus plan baru boleh digunakan untuk mohon pembiayaan LPPSA.

Dalam tempoh menunggu tersebut, ada client yang tak jadi buat pembinaan rumah, atau tidak mahu membayar.

Maka arkitek/jurutera akan kelabu asap. Disebabkan sudah banyak kali terjadi sebegini, arkitek/jurutera tidak lagi mahu buat kerja mereka dahulu, bayaran kemudian. Mereka akan minta bayaran berdasarkan kerja-kerja yang mereka lakukan.

Tn Rumah pula kalau boleh semua nak masuk dalam pembiayaan LPPSA. Siapa yang akan tanggung semua kos yang diminta oleh Arkitek/Jurutera tersebut?

6. Saya sebagai kontraktor kecil-kecilan, apabila melihat kontraktor yang besar ada buat pakej semua kos paperwork ditanggung oleh mereka, saya nak pi hijack. Saya nak suruh client pi buat arkitek plan dengan syarikat tersebut, lepas dah lulus, kita buat kering ja.

7. Buat semua paperwork sampai lulus, kemudian kita buat pembinaan rumah. Selepas dapat duit, baru bayar duit paperwork kontraktor besar tu.

Ini semua a good recipe for disaster.
Sebab tu kontraktor di Selangor tu sudah tak buat iklan sebegitu, kerana akan ada orang yang ambik kesempatan.

PEGUAM.

Faiz: Bagaimana kita nak pastikan Tn Rumah akan membayar kos arkitek plan, kos peguam, kos jurukur semua ini selepas pihak-pihak ini jalankan kerja?

Peguam: Semua ini sakit kepala. Buat perjanjian pun, jika mereka tak mahu bayar, kita akan pening nak tuntut semula.

Faiz: Jika kita buat ini dan buat itu bagi menjamin hak arkitek, jurutera, jurukur, peguam apa semua ini. Boleh ke?

Perbincangan diteruskan lagi sehingga lumat.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
❤1👍1🔥1😁1
June 28, 2025 320