SEDEKAH SUBUH | MULAKAN PAGI DENGAN KEBAIKAN
Setiap pagi adalah peluang untuk kita menambah bekalan akhirat. Mulakan hari dengan bersedekah, walaupun sedikit, dengan hati yang ikhlas kerana Allah. 🤍
Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap pagi dua malaikat turun; salah satunya berdoa agar Allah memberikan ganti kepada orang yang berinfak, manakala yang lain mendoakan kebinasaan bagi orang yang menahan hartanya.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
✨ Semoga setiap sedekah yang diberikan menjadi asbab rezeki yang diberkati, urusan dipermudahkan dan pahala yang terus mengalir.
Sedekah bukan tentang berapa banyak yang kita beri, tetapi tentang keikhlasan hati untuk berkongsi.
🤲 Ya Allah, terimalah sedekah kami, berkatilah rezeki kami dan jadikan setiap pemberian ini sebagai bekalan kebaikan di akhirat.
Mulakan pagi dengan memberi. Mulakan hari dengan mencari reda Allah.
#eNUUR #SedekahAlQuran #JariahBerkekalan #ProjekBelidanSedekahAlquranPernaskah #keberkatanberpanjangan



















