Bila kau beli cincin emas untuk skandal kau, tapi isteri kau terjumpa, dia ingat kau nak suprisekan dia. Skandal kau pula tuntut juga cincin tu, sedangkan duit kau cukup-cukup makan saja.
#Teaser2
“Sayang, you lupa nak bagi I sesuatu eh? I pun baru teringat bila you dah sampai rumah Nai.” Suara gedik Eleena di hujung talian buat Izzul mula memicit dahi. Mulalah dia teringatkan kejadian beberapa minit lalu.
“Cincin siapa ni?” Suara Alnaira buat darah di tubuh Izzul seakan mengering.
Pantas Izzul keluar dari kamar mandi. Saat dia nampak bekas cincin berwarna merah hati sudah ada di tangan si isteri, otak mula bekerja hendak memberi alasan. Tak, dia tak boleh kantoi hari ni. Kalau nak kena tendang keluar dari rumah ni, buatlah!
“Of course, cincin untuk isteri tercinta I.” Laju Izzul membalas sambil mendekati Alnaira. Mendengarkan itu, bibir Alnaira tersungging senyuman lebar.
“I memang belikan untuk you, Nai. Saja nak buat kejutan dekat isteri kesayangan I ni, tak sangka pula sampai terlupa. Nasib you tak humban seluar tu dalam washing machine lagi. By the way, you suka tak design tu?” Suara Izzul tak gugup langsung. Suara orang yang dah terbiasa menipu.
“Suka. Cantik sangat-sangat ni, Iz. Tapi cincin ni macam tak sama saiz dengan jari I, Iz..” ujar Alnaira bila dia cuba padankan cincin itu di jari manisnya.
‘What??” Ternaik sedikit nada suara Izzul.
Izzul acah-acah hendak sarungkan cincin tu ke jari manis Alnaira. Bila tengok cincin tu payah nak dipadankan ke jari Alnaira, bebola mata Izzul naik mencari wajah isterinya.
“Sorry, sayang. I dah cakap saiz yang betul dekat staff kedai emas tu. Macam mana dia boleh tersalah bagi saiz pula ni? Tak apa, I ambil balik yang ni. Nanti I belikan yang..”
“Naaa.. it’s okey, Iz. Tak boleh pakai, I simpan aje. Manalah tahu nanti-nanti jari I kecil sikit. Lagipun ni masih boleh pakai, cuma ketat sikit aje. You dah susah payah pilihkan design ni untuk I, I kenalah hargai sikit.” Alnaira terus sarungkan cincin itu ke jari manisnya.
Kalau dah ada dekat jari Alnaira, jangan mimpilah nak hadiahkan pada Eleena. Haish.. dia kemain menyimpan duit nak belikan cincin tu untuk Eleena. Entah macam mana dia boleh terlupa nak bagi cincin tu dekat Eleena. Boleh pula terbawa balik sekali. Tak pasal-pasal dah jadi milik Alnaira.
Takkan nak mengaku dia belikan emas tu untuk perempuan lain pula? Ibu sendiri pun dah lama tak ada. Mujur juga Alnaira tak syak apa-apa waktu dia kelentong tadi.
“Sayang, dengar tak ni?” Suara rengekan Eleena mengejutkan Izzul kembali.
“Ya, dengar..”
“So, mana hadiah istimewa yang you nak bagi dekat I tu? Esok, kita jumpa. You jangan lupa bawa sekali hadiah tu. I tak sabar nak tengok.” Teruja sungguh nada suara Eleena. Izzul jadi serba-salah.
“Sorry, baby. Hadiah tu ada dekat Nai sekarang..” jawab Izzul buat dada Eleena berombak kencang. Wajah bertukar pucat.
“Nai.. Nai dah tahu pasal hubungan kita ke?” Tersekat-sekat suara Eleena.
“No, baby. Bukan macam tu. Cuma hadiah tu Nai terjumpa dalam poket seluar I malam tadi.” Cepat-cepat Izzul betulkan tanggapan Eleena.
“Habis tu, you tak minta balik ke?” Eleena dah tarik muncung di hujung sana.
“You gila? Kalau dia tanya I belikan untuk siapa, takkan I nak jawab cincin tu untuk BFF dia sendiri?” Izzul tegakkan tubuh. Terkejut dengan cadangan mengarut Eleena tu.
“I tak kira, I nak juga cincin tu. Cincin tu sepatutnya untuk I. Bukan untuk Nai.” Eleena dah mula diserang rasa cemburu. Walhal yang dia sondol tu suami kawan baik sendiri kut.
“Okey, I janji belikan cincin yang baru. Tapi bagi I masa sikit. I kena kumpul duit semula..” Nada suara Izzul berubah rendah. Saja nak minta simpati.
Itulah.. sibuk nak berskandal sedangkan duit pun cukup-cukup makan untuk diri sendiri saja. Dasar lelaki tak sedar diri. Huh!
“Boleh, tapi I nak yang lagi berat dan besar berbanding yang Nai ambil tu!” ucap Eleena serius.
“Anything for you, baby..” sahut Izzul laju, malas nak cetuskan perbalahan dengan Eleena. Jadi apa saja Eleena nak, dia akan cuba tunaikan.
#AlnairaPerampasHighClass