“Awak kena makan ubat ni, Nadra. Nanti batuk awak lagi teruk.” pujuk Malik dengan riak wajah yang risau. Belakang tubuh isterinya itu diusap dengan penuh kasih.
Nadra hanya tersenyum sipu. Sisi wajah Malik yang berkedut itu diusap dengan sayang. Tua, berkedut tetapi masih jelas kehenseman lelaki itu dimatanya.
“Abang suruh awak makan ubat, Nadra Alana. Bukan tengok muka abang lama-lama. Abang tahu abang masih hensem tapi Nadra kena tahu yang hensem abang ni cuma untuk awak seorang saja.” bebel Malik panjang lebar. Senyuman isterinya itu dibalas juga dengan senyuman lebar.
“Nadra tengok lama-lama sebab Nadra rindu.” Nadra mula bersuara dengan nada yang bergetar.
“Rindu nak tengok muka abang.” jari Nadra mencuit lembut puncak hidung Malik.
“Rindu nak dengar suara abang.” kemudian jari Nadra turun mengusap bibir bawah Malik.
“Nadra rindu nak peluk abang.” setitis demi setitis air mata Nadra mengalir.
“Nadra sayang, abang ada dekat depan mata ni. Abang sentiasa ada dekat dengan Nadra.” tangan Nadra yang menyentuh lehernya itu dipegang dan digenggam erat.
“Jadi untuk Nadra selalu ada dengan abang, Nadra kena makan ubat bagi cepat sihat.” Malik mencapai ubat berwarna putih yang berada di atas plastik putih.
“Abang suap say—“
“Daddy.”
Laju Malik menoleh memandang ke arah Noel yang berdiri tegak dihadapan ruang dapur. Tegang saja riak wajah anak lelakinya itu.
“Daddy cakap dengan siapa?” soal Noel dengan nada yang bergetar. Dari tadi dia dengar suara Malik dan dia dah agak apa yang dilakukan oleh daddynya itu.
Malik menoleh ke arah kiri di mana tempat Nadra berada tadi. Kosong! Kelibat Nadra langsung tidak dilihat dan kerusi juga tersusun kemas tanda tiada sesiapa yang duduk disebelahnya. Tangan Malik yang memegang ubat itu jatuh ke bawah.
“Daddy.” kaki Noel melangkah mendekati Malik.
“Daddy rindu mommy.” tubir mata Malik mula memanas.
“Mommy pun cakap dia rindu daddy. Bila daddy boleh jumpa mommy?” soal Malik sayu.
Noel tarik tubuh tua itu ke dalam pelukkan. Belakang tubuh daddynya yang bergetar itu diusap dengan lemah lembut.
“Daddy kena kuat dengan Noel dan yang lain. Cukup dengan kematian mommy buatkan separuh jiwa kami hilang. Kalau daddy dah tak ada, kami tak tahu dengan siapa pula kami nak berkasih sayang, daddy.” pujuk Noel ditepi telinga Malik.
“Tapi jiwa daddy kosong.”
Noel pejam mata. Menahan air matanya yang ingin mengalir.
“Kakak Nayla, Noel dan yang lain ada untuk isi kekosongan jiwa daddy. Daddy jangan risau, kami takkan tinggal daddy.” ujar Noel dengan nada yang tertahan.
Noel tahu cinta daddy kepada mommy sangat kuat. Tak pernah sekali pun daddy tak sebut nama mommy selepas mommynya meninggal. Lagi-lagi apabila daddynya sedang berdoa. Tidak lekang nama mommy disebut.
“Daddy sayang mommy.”
“Noel tahu.” tubuh Malik yang semakin layu itu Noel peluk dengan erat. Tahulah dia yang daddy sudah terlena dek kepenatan.
“Mommy pernah bagitahu Noel yang cinta dan sayang terakhir dia adalah daddy. Jadi daddy boleh hidup tenang dengan Noel sebab tak ada sesiapa boleh rebut hati mommy yang penuh dengan nama daddy.” bisik Noel dengan senyuman kecil.
“She was so proud when she told everyone that you’re re her husband. You’re her lover.”
Tidur dengan lena, daddy. Mimpi indah…