KAPTEN ARQAN AQIL
BLURB
Saat keterlanjuran Melur Inara membeli sebuah rumah ketika dia hampir berkahwin dengan cinta hatinya, segalanya hancur apabila kepercayaannya dikhianati.
Dia mengambil keputusan untuk memulakan hidup baru di rumah baru itu. Namun, segala yang dibayangkan oleh Melur Inara tidak seindah yang disangka.
Jiran sebelah rumahnya Arqan Aqil, merupakan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang hidupnya sudah terbiasa diatur sehingga daun kering yang gugur di halaman pun mampu mengganggu ketenteramannya.
Apa sahaja yang dilakukan oleh Inara, semuanya seperti dikawal selia oleh Arqan. Dan yang paling menyakitkan hati Inara lagi, Arqan suka membebel dan menegur benda-benda kecil yang dianggap 'remeh' oleh Inara.
"Miss, boleh tak awak pungut daun bunga awak yang gugur tu? Daun tu dah terbang masuk ke kawasan depan rumah saya." - Arqan Aqil
"Like seriously? Dua helai je kut. Awak tak boleh pungut sendiri ke?" - Melur Inara
"That's your flower's leaf." - Arqan Aqil
Walaupun begitu, riak wajah Arqan Aqil sepertinya tidak mempunyai apa-apa emosi saat Inara mahu bertengkar dengannya. Kadang-kadang, Inara merasakan Kapten Arqan Aqil bukanlah sekadar jiran, tapi lebih kepada pengawal selia kawasan perumahan itu.
Sejak hari itu, perang dingin mereka bermula.
Semakin dia cuba menguji kesabaran Arqan, semakin pelik sikap lelaki itu. Dia sering membentak dan meninggikan suara, tapi Arqan seolah-olah tidak terkesan dan langsung tidak melatah. Hubungan mereka yang pada awalnya sekadar jiran yang saling menyakat berubah perlahan-lahan apabila satu insiden memaksa mereka meluangkan lebih banyak masa bersama.
Namun belum sempat dia memahami perasaannya sendiri, satu kejadian telah mengheret nama mereka sehingga aturan Tuhan menjadikan segalanya hampir sempurna.
BERNIKAH.
Inara menyangka selepas bergelar suami isteri, Kapten Arqan Aqil akhirnya akan berubah menjadi lelaki yang lebih romantik.
"Abang..." - Melur Inara
"Call me Arqan. I don't play romantic." - Arqan Aqil
Rupa-rupanya tidak. Suaminya masih lelaki yang sama. Tak reti nak memujuk apatah lagi bermain kata manis.
Tapi, segalanya perlahan-lahan terjawab saat Arqan berjauhan dengan Inara apabila dia terlibat dalam satu operasi di pangkalan negara jiran demi memelihara kedaulatan negara. Arqan semakin yakin dengan perasaannya sendiri kalau dia sebenarnya sudah pun mencintai isterinya itu.
Di saat misi hampir selesai, satu kejadian yang mampu meragut nyawa beberapa anggota termasuk Arqan menggemparkan seluruh negara ketika itu. Mampukah Arqan Aqil kembali dengan selamat?
Adakah peluang untuknya meluahkan rasa yang terbuku selama ini?
Atau...
Adakah Arqan akan mendahulukan tanggungjawabnya kepada negara sebelum perasaannya sendiri? Ketahui semuanya di dalam cerita ini.
http://www.wasap.my/60113695518/KAPTEN_ARQAN_AQIL_RM14