Terima kasih kepada semua isteri yang bekerja bersungguh-sungguh untuk bantu suami dan keluarga.
Dapat rezeki dikongsi bersama-sama. Bahagia sebab melihat orang tersayang gembira.
Bahagia apabila dapat meringankan beban insan yang tersayang.
Beban nafkah yang selama ini berat dipikul seorang, tapi sanggup dipikul bersama atas dasar kasih dan sayang.
Walaupun bukan tanggungjawab seorang isteri, tapi demi memberikan kehidupan yang lebih selesa pada suami dan anak-anak, maka berusaha sebaik mungkin.
Ada yang sanggup meminjamkan duit di kala suami kesempitan.
Ada yang sanggup membeli aset dan menamakan atas nama suami.
Ada yang sanggup menggunakan nama sendiri untuk membuat pinjaman bagi membantu perniagaan suami.
Ada yang sanggup membayar hutang-hutang suami.
Ada yang sanggup berkongsi kasih dengan madu untuk membahagiakan suami.
Dan pelbagai lagi pengorbanan yang dibuat oleh seorang wanita bergelar isteri.
Apabila diringankan beban suami, maka suami dapat fokus dan berusaha menjadi suami yang baik.
Dengan bantuan isteri juga suami dapat jadi bapa yang lebih baik.
Kemuncak bahagia si isteri apabila suami bertambah sayang, menghargai, sentiasa cuba membahagiakan isteri.
Namun terkadang tak semua pengorbanan ini dihargai oleh sebahagian suami.
Ada suami yang lupa berterima kasih.
Ada suami yang hanya mahu memperguna.
Ada suami yang mengambil kesempatan.
Ada suami yang terus memperalat.
Ada suami yang langsung meninggalkan setelah apa yang dihajati telah dapat.
Usah bersedih. Kerana walau apa jua keadaan, Allah tidak pernah leka dan lupa terhadap kebaikan yang anda lakukan untuk si suami.
Allah tahu keikhlasan hambaNya. Allah tahu segala kesusahan dan kepayahan yang dilalui.
Allah tahu betapa kecewanya hati pengorbanan yang dibuat tidak dihargai.
Allah tahu betapa penat dan lelahnya diri dalam melayan karenah suami.
Apa sahaja luka emosi, kecewanya hati, penat keringat diri, insyaAllah ada ganjaran yang sedia menanti…
Jadi, mengapa kecewa dengan makhluk yang tidak reti menghargai segala usaha yang diberi sedangkan KHALIQ (ALLAH) memberikan ganjaran dan pahala bagi yang ikhlas menyintai?
Rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA untuk suami@isteri
Fadzli Aziz
Berterima kasih buat semua suami yang menyintai dan menghargai isteri