KEJAM DAN BIADAB! SEKUMPULAN ORANG AWAM DIBOM OLEH PENGGANAS ZIONIS!
Satu lagi siri kekejaman yang langsung tiada peri kemanusiaan!
Tentera pengganas Israel sekali lagi melepaskan serbuan udara secara melulu ke atas sekumpulan orang awam di Kejiranan Al-Amal, Khan Younis.
Akibat serangan jahat ini, seorang lagi rakyat Palestin gugur manakala ramai lagi cedera!
Kawasan ini penempatan orang awam, bukannya kubu tentera!
Tetapi penjenayah perang ini tetap memilih untuk melepaskan bom dari udara ke atas manusia yang tidak bersalah tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Sampai bila kezaliman ini mahu biarkan berlaku?! Setiap hari ada sahaja nyawa yang diragut dan darah yang ditumpahkan, namun dunia masih terus berdiam diri.
Memang sangat melampau dan menyakitkan hati!

15August 30, 2026 456