LOVE? | 4
Dah masuk hari kelima dia asuh Thaqif tapi tak nampak langsung bayang Ziyad Hayes dalam rumah ni. Selalunya, Ziyad akan balik makan tengah hari tapi dah lima hari berturut-turut tak ada.
Tengah hari itu, dia saja menolong Maryam selepas menidurkan Thaqif. Tiba-tiba, wanita separuh abad itu mula bertanya.
“Layqa... Kalau auntie nak tanya sesuatu boleh ke?” Maryam memandang Malayqa sambil tangan masih sibuk mengupas bawang.
“Apa dia tu auntie?”
“Layqa dengan Ziyad ada bergaduh ke?” Terus terhenti tangan Malayqa daripada memotong sayur.
“Bukan apa... Jarang Ziyad duduk dekat kondo dia tu lama macam ni. Selalunya dua hari je, tu pun sebab dia kemas kondo dia tu.” Luah Maryam. Dia kenal anak dia. Lagi-lagi bila Malayqa mula menjaga Thaqif, tahap rajin balik makan tengah hari anaknya tu tinggi betul.
Malayqa hanya diam. Teringat kejadian tempoh hari. Dia ke puncanya? Takkan macam ni cara Ziyad tak ganggu hidup dia? Terus hilangkan diri?
“Dia merajuk dengan Malayqa ya?”
“E-eh... takkan lah auntie. Kami bukan ada apa-apa pun...”
“Malayqa memang tak ada hati ke dekat Ziyad?” Angguk tidak, geleng pun tidak. Memang dia masih marahkan Ziyad tentang kejadian 8 tahun lepas tapi...
“Kalau betul tak ada, auntie ingat nak jodohkan Layqa dengan Hilal.” Terus membulat mata Malayqa.
Ziyad yang baru sahaja siap membersihkan diri terus mengangkat panggilan yang sudah menjerit-jerit sejak 5 minit yang lalu.
Nadine.
“Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, apa lama sangat nak jawab call ni?” Suara nyaring Nadine kedengaran. Patutlah tiada siapa yang nak.
“Aku mandilah tadi.” Dia labuhkan duduk pada birai katil sambil sebelah tangan mengeringkan rambut yang basah.
“Oh... Ha, mommy suruh balik. Ada benda nak bincang katanya.”
“Lepas isyak lah aku gerak.” Dia tinggalkan telefon di meja dan mula membentang sejadah untuk solat maghrib.
“Daddy kata balik lepas maghrib, isyak kau kena imam dekat rumah.” Wajahnya berkerut. Malas mahu fikir dia iyakan saja.
“Ha, ok.”
“Weh, kau ni betul-betul Ziyad kan?” Pelik sungguh Nadine dengan Ziyad. Macam bukan bercakap dengan Ziyad. Macam cakap dengan tunggul.
“Tak lah, aku Chris Hemsworth.” kedengaran Nadine melepaskan nafas lega.
“Ok,betullah tu. Bye.” Tak sempat nak balas lagi Nadine sudah matikan panggilan.
Sampai sahaja rumah, suara Thaqif memecah gegendang telinga. Terus kaki dia melangkah ke bilik Thaqif. Nadine cuba memujuk si kecil itu. Badan Thaqif diperiksa. Siap ada stethoscope atas katil. Mentang-mentang doktor.
“Kenapa ni?”
“Aku pun tak pasti. Daripada tadi menangis.”
“Mana mommy?”
“Mommy tengah call Layqa.” Nama tu. Jangan sampai Mommy dia suruh Layqa datang sini sudah.
“Meh sini. Aku try.” Nadine nampak teragak-agak untuk serahkan Thaqif pada dia.
Bila Thaqif selamat dalam pegangan terus dia bawa keluar daripada bilik. Bawa turun ke ruang tamu. Si kecil itu masih lagi mengamuk.
“Thaqif Umayr...” Nama itu di panggil lembut.
Sampai di ruang tamu, Thaqif dibaringkan atas sofa. Beberapa surah dibaca sebelum ditiup pada ubun-ubun si kecil. Bila masih lagi mengamuk dia cuba pujuk sehinggalah...
Ziyad ketuk jarinya pada meja kaca. Tangisan itu mereda. Dia ketuk lagi. Terus Thaqif terdiam. Matanya bulat memandang jari Ziyad.
“Lah! Suka bunyi meja rupanya! Ini bukan Ahmad Albab, ini Ahmad Maktab?” Bila tangisan Thaqif berhenti terus sahaja Nadine dan Maryam bergegas turun ke bawah. Takut sekiranya ada apa-apa terjadi.
“Eh, kenapa dah senyap?” Soal Nadine pelik. Ziyad ketuk lagi meja kaca itu dengan jarinya. Thaqif ketawa. Kakinya menyepak angin.
Nadine pula bagai nak jatuh rahangnya. Dia macam orang gila cek badan Thaqif tadi. Siap telefon paediatrician.
922 November 2025 341