Hilal yang baru sahaja balik berjoging, memandang pelik si Ziyad yang…

Hilal yang baru sahaja balik berjoging, memandang pelik si Ziyad yang berdiri tegak di hadapan pintu rumah.

“Kau tunggu apa kat sini?”

“Tunggu awek.” Hilal mengangkat keningnya. Terus Ziyad menunjuk ke arah beranda di luar rumah mereka.

“Aunty Alana datang?” Ziyad angguk.

“Malayqa masih benci kau?” Terus terteleng kepala Ziyad.

“Pardon, bukan benci. Dia masih marah je tu.”

“Mana ada orang marah sampai 8 tahun.” Saja Hilal meludah fakta. Giliran Ziyad pula menjeling Hilal.

“Esok siap kau. Aku bagi balik semua kerja kau.” Tak tunggu lama terus Ziyad masuk ke dalam.

Hilal tercengang. Aik? Merajuk? Umur 27 pun masih nak merajuk ke? Geli betul.










Isnin. Hari huru-hara rumah dengan suara Ziyad.

“Mommy, stokin yad hilang sebelah!”

“Mommy mana tie yad warna biru tu?”

“Mommy tolong rebuskan telur rebus.”

Maryam rasa macam siapkan anak pergi sekolah. Hilal dan Nadine sudah elok duduk di meja makan. Ziyad masih bersiap. Banyak kali Maryam kejut, tapi jawapannya sama saja.

“5 minit, mmy.”


Akhirnya, dia sendiri kelam kabut.

“Ziyad, kalau you masuk kerja lambat hari ni siap you.” Noah bersuara.

“Tak adillah daddy, Hilal cuti lama-lama tak apa pula!” Ziyad turun sambil mengikat tali lehernya.

Sampai di bawah dia terus mencedok nasi goreng yang telah terhidang. Serentak, loceng rumah berbunyi. Maryam terus membuka pintu.

Malayqa.

Dengar sahaja suara Malayqa menyapa Maryam terus kepalanya terteleng ke belakang.

“Makan dulu.” Noah memiat telinga si anak.

“Daddy memang tak sayang Yad.” Bibirnya dicebikkan.

“Gelilah Ziyad daddy dengar.” Nadine hanya menggelengkan kepala. Adik bongsu mereka pun tak segedik Ziyad. Entah perangai siapa Ziyad dapat pun mereka tak tahu.

“Oh ya. Daddy, hari ni Yad tak boleh stay office. Ada game malam ni.”

“Yelah.”

“Yeah! Love you, daddy.”
❤6
20 Oktober 2025 253