kita selalu menunggu sesuatu yang besar untuk merasa cukup, sedangkan sebenarnya hidup ini dibentuk oleh perkara-perkara kecil yang kita hampir tidak perasan.
cara seseorang menyebut nama kita dengan lembut, cara seseorang menunggu kita tanpa tergesa, cara seseorang memilih untuk tetap baik walaupun penat. semuanya perlahan-lahan mengajar kita tentang kasih, tentang sabar, tentang menjadi manusia yang tidak pernah selesai belajar.
mungkin sebab itu, tidak ada yang benar-benar remeh dalam hidup ini. kerana setiap yang kecil punya cara sendiri untuk mengubah arah kita, menyembuhkan sesuatu yang tidak kita ceritakan, dan mengingatkan bahawa makna tidak selalu datang dengan bunyi yang kuat.
kadang-kadang, ia datang sebagai bisikan yang halus, tetapi cukup untuk membuat kita percaya bahawa setiap perkara, sekecil mana pun, tetap berharga dan tetap penting.
15March 30, 2026 805 5