PPKomp 2026: post #287 — TG.ME

Forwarded fromKHKhairunizam Ab Rahman
Alhamdulillah, sedikit perkongsian tentang keputusan semalam, SPM 2025.

Selain mengajar sains komputer di kelas, saya juga melatih pelajar dalam pertandingan olimpiad matematik dan pertandingan programming di sekolah.

Sepanjang pengalaman melatih, saya perasan satu perkara yang sangat konsisten. Pelajar yang benar benar komited dalam latihan, iaitu yang bermula seawal Tingkatan 1 @ 2 dan kekal konsisten sehingga Tingkatan 5, setakat ini belum pernah ada seorang pun dari mereka yang gagal mencapai straight A dalam SPM.

Untuk batch SPM 2025 ini, hanya seorang pelajar dalam kategori ini, iaitu Faris Rohaizam yang bermula sejak Tingkatan 1 dan kekal mengikuti latihan sehingga Tingkatan 5.

Beliau berjaya memperoleh straight A+ dalam SPM 2025.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah latihan saya, pelajar yang mengikuti latihan secara konsisten dalam olimpiad matematik atau competitive programming mencapai tahap ini. Sebelum ini, pelajar dalam kategori yang sama hanya mencapai straight A.

Dalam pertandingan coding PPKomp, Faris juga menunjukkan prestasi yang sangat baik.
- PPKomp 2022, tempat ke-38, kategori Individu Kecil
- PPKomp 2023, tempat pertama, kategori Individu Kecil.
- PPKomp 2024, tempat ke-21, kategori Individu Muda
- PPKomp 2025, tempat ke-2, kategori Individu Muda.

Dalam masa yang sama, realitinya tidak semua pelajar mampu kekal dalam perjalanan ini. Ramai yang berhenti selepas satu hingga dua tahun latihan kerana tidak tahan dengan tekanan dan cabaran.

Namun kisah ini membuktikan satu perkara. Langkah pertama mungkin terasa sukar, tetapi perjalanan yang panjang akan memberikan hasil kepada mereka yang terus bertahan.
❤16
April 2, 2026 2.3K