GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP DAERAH MARAN* Pengurusan… — Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang — TG.ME

*GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP DAERAH MARAN*

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa paip air bersih bersaiz 180mm jenis HDPE pecah tepi jalan menghala Kilang Getah Kg Awah

Bagi memulihkan semula bekalan, kerja- kerja penggantian paip yang pecah akan dilakukan segera oleh PAIP Maran.

Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air:

*Tarikh dan Masa Gangguan:*

9 Sept 2026 (Rabu) Jam 10.40 Am Sehingga 9 Sept 2026 (Rabu) Jam 07.00 Pm

*Kawasan-Kawasan Terlibat*

Felda Kg Awah dan Kilang Getah Kg Awah


Jumlah Akaun Yang Terlibat : 600

Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999

*Dikeluarkan Oleh*
Pengurus PAIP Daerah Maran
September 9, 2026 718