*GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH BERA*
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis MS 250mm pecah depan Dewan Bandar 32 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
Kerja-kerja pembaikian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
*Tarikh dan Masa Gangguan :*
9 September 2026 (Rabu) jam 11.45am sehingga jam 7.00pm
*Kawasan-Kawasan Terlibat :*
Felda Tementi,Felda Sebertak,
Bandar 32 dan Bera Selatan 1
*Jumlah Akaun Terlibat : 1200*
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
*Dikeluarkan oleh :*
Pengurus PAIP Daerah Bera
September 9, 2026 1.2K