GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH… — Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang — TG.ME

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis AC 100 mm telah pecah di Jalan Utama Kg Batu Hampar - Batu Kapur Mentakab.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 06 Hb September 2026 (Ahad) Jam 3.30pm sehingga 9.30pm
Kawasan-kawasan Terlibat : Keseluruhan Kg Batu Hampar dan kawasan sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 150
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 6, 2026 922