GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH… — Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang — TG.ME

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis AC 250 mm telah pecah di Jalan utama ke kg Paya Luas Kuala Krau, berhadapan Klinik Kesihatan Kuala Krau.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 06 Hb September 2026 (Ahad) Jam 3.00pm sehingga 10.00pm
Kawasan-kawasan Terlibat : Sebahagian Kg Paya Luas, Dewan MPT, Kg Terengging, Kg Seboi, Felcra Paya Nawan, Kg Paya Mendol, Felcra Ulu Jenut, Kg Ulu Jenut, Taman Sri Desa, KTMB, Sek Men Keb Kuala Krau, Kuaters Guru, Klinik Kuala Krau dan Kawasan Sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 900
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 6, 2026 399