GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis AC 150 mm telah pecah di Jalan Utama Ke Industri Sonsang, berhadapan Pusat Kraf Temerloh.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 03Hb September 2026 (Khamis) Jam 11.00am sehingga 5.00pm
Kawasan-kawasan Terlibat : Keseluruhan Kg Bukit Tingkat, Kawasan Industri Songsang, Taman Bukit Tingkat dan kawasan sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 400
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 3, 2026 607