GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan Utama Jenis AC 150 mm telah pecah di Jalan utama ke Kg Chempaka Lanchang, berhadapan Kedai Makan Cendol Lily.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu, beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 03Hb September 2026 (Khamis) Jam 3.00pm sehingga 9.00pm
Kawasan-Kawasan Terlibat : Keseluruhan Kg Bolok, Kg Bolok Hulu, Kg Sok Mek, Jalan Batu Berangkat, Simpang Dear Land, Sebahagian kg Chempaka dan kawasan sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 400
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, ditalian 09-5739999
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 3, 2026 463