GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP DAERAH RAUB
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa Loji Air Tras terpaksa ditutup akibat air sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji berkenaan mengalami kekeruhan yang tinggi iaitu: >2,,250 NTU, Fe:0.5mg/l, Mn:2.4mg/l, Al:0.4mg/l) dan ianya melebihi tahap kekeruhan yang boleh dirawat.
Sehubungan dengan itu, kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan:
02 September 2026 (Rabu)
jam 05.30 pm hingga bekalan pulih
Kawasan-Kawasan Terlibat:
Kawasan Tras, Teranum, Sg.Cheetang & Sang Lee.
Jumlah Akaun Terlibat: 923 bil.
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Dikeluarkan Oleh:
Pengurus PAIP Daerah Raub
September 2, 2026 1.2K