GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis HDPE 355 mm telah pecah di Jalan Utama Ke Kg Teluk Ira Seberang Temerloh.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 02 Hb September 2026 (Rabu) Jam 5.00pm sehingga 11.00pm
Kawasan-kawasan Terlibat : Kg Teluk Mengkuang, Kg Teluk Ira, kg Berhala Gantang, Kg Bali, Kg Bintang, Kg Sanggang Seberang, Kg Baduk, Kg Teluk Sentang, Kg Desa Purun, Taman Kenari, Taman Desa Bangau dan kawasan sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 850
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 2, 2026 1.2K