GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH… — Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang — TG.ME

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL PAIP BERHAD DAERAH TEMERLOH
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah terputus akibat paip bekalan utama jenis MS 150 mm telah pecah di No 21 Lorong Taman Bukit Desa Semantan, Temerloh.
Kerja-kerja penggantian paip yang pecah tersebut akan dilakukan segera.
Sehubungan dengan itu,beberapa kawasan seperti berikut akan mengalami gangguan bekalan air :
Tarikh dan Masa Gangguan : 02 Hb September 2026 (Rabu) Jam 2.00pm sehingga 9.00pm
Kawasan-kawasan Terlibat : Keseluruhan Taman Bukit Desa Semantan dan kawasan sekitar.
Jumlah Akaun Terlibat : 250
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Dikeluarkan oleh : Pengurus Daerah PAIP Temerloh
September 2, 2026 1.2K