Ingat... We always choose what to do. Kita sentiasa ada pilihan… — NotaKamaliaKamal — TG.ME

Ingat... We always choose what to do. Kita sentiasa ada pilihan.

Pilihan pertama, you boleh jadi nonchalant. "Itu hal dia." "Itu urusan dia." "Aku tak nak masuk campur." Lepas tu you jumpa adik you dan cakap dengan tenang, "Kalau kau buat orang, suatu hari nanti kau akan kena balik." Cukup. You boleh pilih macam tu.

Pilihan kedua... You pegang title sebagai kakak besar. You buat family meeting. You marah adik you. "Kau tak boleh buat macam ni." "Apa yang kau buat ni salah." "Aku perempuan. Aku tahu macam mana sakitnya perasaan perempuan yang kau dah lukakan." Itu pilihan kedua.

Pilihan ketiga... You tulis dekat media sosial. "Apalah nasib aku dapat adik macam ni." "Apalah dosa aku." "Kenapa Tuhan uji aku macam ni?" Itu pun pilihan.

Pilihan keempat... You bergaduh dengan semua orang. You marah perempuan tu. You marah orang sekeliling. Tapi peliknya... bukan adik you yang paling you marah.

Sekarang... You ada empat pilihan.

Kalau tanya Kak Kay...

Kak Kay akan pilih pilihan nombor satu. Kenapa? Sebab mak Kak Kay masih hidup.

Kalau Kak Kay pilih nombor dua, tiga atau empat, akhirnya mak Kak Kay akan tahu. Dan Kak Kay tak sanggup tengok mak rasa dia gagal membesarkan anak. Tak sanggup tengok mak rasa hidup dia gagal kerana kesalahan anak dia.

Kedua... Kak Kay juga kena jaga kesihatan diri sendiri. Kak Kay ada keluarga. Ada anak-anak. Kalau seluruh tenaga dan emosi Kak Kay habis digunakan untuk pilihan nombor dua, tiga dan empat tadi... Ada kemungkinan Kak Kay sendiri akan rosak. Cepat marah. Cepat penat. Mudah kemurungan. Anak-anak pun akan terkesan. Dan akhirnya, Kak Kay pula yang mengabaikan keluarga sendiri. Sedangkan itu bukan masalah yang Kak Kay boleh selesaikan.

Yang ketiga... Adik you tetap adik you. Kita bercakap tentang orang dewasa. Umur 30 tahun. Boleh nasihat. Tapi jangan sangka nasihat akan mengubah seseorang. Sebab hakikatnya... Kalau orang tu memang nak buat, dia akan buat juga. Dia dah tahu pun benda tu salah. Kalau ada yang komen, "Dalam Islam kita kena saling ingat-mengingati." Kak Kay nak cakap... Kalau you betul-betul sayangkan seseorang, cara you menegur akan membuatkan dia rasa dekat dengan you. Bukan jauh daripada you. Kalau setiap kali you jumpa dia, you hentam... You serang... You buat dia rasa dia terpaling salah... Lama-lama dia akan menjauh. Dia tak nak lagi berada dekat dengan you.

Jadi bila you cakap, "Saya nasihat sebab saya sayang." Kak Kay rasa, you kena tengok balik cara you. Sebab orang yang benar-benar sayang, dia tak nak orang yang dia sayang menjauh daripada dia. Sebab tu Kak Kay jarang guna perkataan "ajar."

Tapi kali ni Kak Kay memang nak ajar. Sebab benda ni sangat penting. Ia melibatkan kesihatan fizikal. Kesihatan mental. Cara you menentukan keutamaan dalam hidup. Dan cara you menjaga orang-orang yang benar-benar berada di bawah tanggungjawab you.

Sebab tu... Choose your battle. You mesti pilih battle yang betul. Bukan semua benda you kena lawan. Choose your battle.
❤10👍2
August 28, 2026 1.3K 3