📚 "Saya dah ada tajuk... tapi bila nak tulis Literature Review, semuanya macam tak bersambung."
Itulah perkara pertama yang dikongsikan oleh Subaryani semasa sesi 1-on-1 Coaching.
Framework awal sudah dibina dan pemboleh ubah telah dikenal pasti.
Namun apabila mula menulis Bab 2, beliau sukar menghubungkan setiap pemboleh ubah, mengenal pasti research gap, dan membina hujah yang benar-benar disokong oleh evidence.
Dalam sesi coaching ini, kami kembali kepada asas penyelidikan.
Bermula dengan memperkemaskan strategi pencarian artikel menggunakan search string dan Boolean operator, mengenal pasti foundation articles, membina master table, dan menyusun setiap dapatan supaya membentuk satu storyline yang jelas.
Kerana Literature Review yang baik bukan sekadar mengumpul artikel.
Ia membina asas yang menjadikan keseluruhan kajian lebih kukuh dan lebih meyakinkan. 🚀














