Cara Orang Kaya Kejar Duit . Sejak saya kenal Pakcik Kebun Sebelah… — PositiveWords Lab by MayeeNazrich — TG.ME

Cara Orang Kaya Kejar Duit . Sejak saya kenal Pakcik Kebun Sebelah tahun 2021 dan duduk dalam circle dia, saya baru sedar yang orang kaya ni sebenarnva mereka tak kejar duit macam orang biasa. . Ramai orang kejar duit sepanjang hidup mereka tapi orang yang berjaya kewangan selalunya mengejar sesuatu yang berbeza. . Apa yang saya perasan, ini cara mereka : . 1. Mereka kejar nilai, bukan sekadar pendapatan. - Mereka sentiasa fikir bagaimana untuk menjadi lebih mahir, lebih berguna dan lebih bernilai. - Bila nilai diri meningkat, peluang dan pendapatan selalunya akan ikut berkembang. . 2. Mereka kejar peluang untuk belajar. - Mereka tak anggap belajar sebagai beban. - Setiap ilmu, pengalaman dan kemahiran bar dilihat sebagai pelaburan yang boleh memberi manfaat dalam jangka panjang. . 3. Mereka kejar masa, bukan gaya hidup. - Bagi mereka, masa adalah aset yang paling sukar diganti. - Sebab tu mereka sangat berhati-hati memilih bagaimana mereka menggunakan masa setiap hari. . 4. Mereka kejar keputusan yang member kesan jangka panjang - Sebelum membuat pilihan, mereka selalu bertanya, "Adakah keputusan ini membantu aku beberapa tahun dari sekarang?" - Cara berfikir macam ni membuatkan mereka lebih fokus pada perkembangan berbanding kepuasan sementara. . 5. Mereka kejar perkembangan diri - Mereka faham bahawa bila diri sendiri berkembang, lebih banyak peluang akan muncul. - Sebab tu mereka sentiasa memperbaiki ilmu, skill dan cara berfikir. . Bila saya faham benda ni, saya sedar. Mungkin matlamat sebenar mereka bukan mengejar duit semata-mata, tetapi menjadi seseorang yang mampu mencipta lebih banyak peluang kepada orang lain. . Kalau awak boleh pilih satu perkara untuk awak bina tahun ni, awak akan pilih tambah duit... atau tambah nilai diri? . Regards Cikgu @MayeeNazrich . MyCryptoversity.net Blajarkripto.com . #mycryptoversity #DukKampungTakpeJanjiAdaCrypto

👍10❤3
July 18, 2026 1.5K 2