Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua yang masih bertahan bersama saya… — PositiveWords Lab by MayeeNazrich — TG.ME

Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua yang masih bertahan bersama saya di MyCryptoversity. Kalau awak berjaya sampai di sini, ini bermakna awak masih hidup dalam market, walaupun 2025 bukan tahun yang mudah, tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Tahun 2025 mengajar kita satu perkara penting, iaitu: market tak beri ganjaran kepada projek yang paling bising, tapi kepada yang paling sabar dan yang paling faham permainan tangan ghaib. Ramai masuk dengan harapan dan ramai keluar dengan pengajaran. Yang kekal tinggal hari ni bukanlah yang paling hebat, tapi yang sanggup belajar, yang nak ubah diri, yang nak ubah status kewangan diri dan keluarga dan yang nak Berjaya Dunia Akhirat. 2026 bukan tahun untuk kita berangan. Tahun ini adalah tahun untuk kita belajar membaca arah, mengurus risiko dan memilih pertempuran dengan bijak. Bukan semua peluang perlu disambar, kadang-kadang keputusan paling bijak ialah dengan tidak berbuat apa-apa dan itu pun satu strategi. Kepada semua followers, pelajar MyCryptoversity dan silent readers… terima kasih kerana memilih untuk faham, bukan sekadar ikut-ikut. Terima kasih kerana tidak mengejar hype kosong dan Terima kasih jugak sebab percaya bahawa ilmu itu lebih mahal daripada signal. Semoga 2026 ini jadi tahun kita semua lebih tenang dalam market, lebih jelas buat keputusan dan lebih kuat dari segi disiplin. Dalam dunia trading, Rugi itu Pasti...Untung itu Bonus dan Selamatkan Modal itu Wajib. Jumpa di medan 2026. Kita masuk perlahan-lahan…bukan dengan emosi tapi dengan peta. . Dah bersedia untuk 30 Days War Map,2026? Like & Share : https://t.me/cryptoblock_edu Mycryptoversity.net | Blajarkripto.com #MyCryptoversity #NotFinancialAdvise #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto .

❤23
January 1, 2026 2.1K 1