[NOTIS PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027]
SELASA | 11 OGOS 2026
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Progresif. 🎓
Merujuk kepasa perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Rayuan Kolej Kediaman bagi sesi September 2026 - Februari 2027 telah dibuka mengikut ketetapan berikut:
📍Tarikh : 11 hingga 26 Ogos 2026
📌 Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang mendapati bahawa permohonan pertamanya gagal adalah digalakkan untuk membuat rayuan melalui laman web student portal.
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Sesi 2025/2026
August 11, 2026 960