[BACAAN YASIN DAN TAHLIL IBU KEPADA NUR AQILA BINTI MOHD GHAZALI]
SELASA | 28 JULAI 2026
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku,
Salam Melaka Progresif. 🎓
Merujuk kepada perkara di atas, dengan penuh rasa dukacita, adalah dimaklumkan bahawa ibu kepada saudari Nur Aqila binti Mohd Ghazali,seorang pelajar UiTM Cawangan Melaka, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Kampus Alor Gajah telah kembali ke rahmatullah pada 28 Julai 2026.
📌 Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin menjemput seluruh mahasiswa untuk menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah. Ketetapan majlis adalah seperti berikut:
📍Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
📍Masa: 7:40 malam (Selepas Solat Maghrib)
🔗Pautan: https://meet.google.com/par-ynhk-viy
Semua pelajar dijemput hadir bagi sama-sama menghadiahkan bacaan Yasin dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI PROGRESIF, PEMACU TRANSFORMASI MAHASISWA”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Alor Gajah
Sesi 2025/2026
July 28, 2026 1.3K