🕌 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙✨
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta keluarga dan para sahabat Baginda.
Maulidur Rasul merupakan satu kesempatan untuk kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menelusuri kembali perjuangan, keteladanan dan akhlak mulia Baginda dalam menyampaikan risalah Islam.
Marilah kita menjadikan kehidupan Rasulullah SAW sebagai pedoman dengan mengamalkan sifat kasih sayang, amanah, kesabaran dan akhlak terpuji dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan diterjemahkan melalui amalan serta sunnah Baginda.
“Approach, Bonding, Concern”
JAWATANKUASA KOLEJ PELAJAR KOLEJ TUN DR. ISMAIL SESI 2025/2026
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

















