SALES MENTOR & SALES CIRCLE NETWORK -Online Edition
Kenapa Kak Long Buat Sales Mentor Online
Kak Long bukan lahir terus pandai jual.
Pernah rasa susahnya nak yakinkan orang.
Pernah rasa penat kejar target,dan pernah rasa hilang semangat bila usaha tak jadi apa.
Kak Long ada cerita detail tentang part ni .
3 kali tukar so called leader .Nanti cerita la lagi part ni 😂
Jualan ni bukan sekadar tentang produk.
Ia tentang cara kita membawa diri, cara kita faham orang, dan cara kita jaga rezeki.
Gabungan roh ,hati dan tindakan atau kata lain kena ada jiwa ,emosi dan amalan .
Kak Long mula nampak ramai orang baik yang sebenarnya berbakat,tapi kurang bimbingan.
Ramai yang rajin, tapi tak tahu arah.
Ramai yang ikhlas, tapi hilang keyakinan sebab pernah gagal.
Sesi baru -baru ni ada orang tanya macamana nak pandai buat sales saya tak ada pengalaman sales langsung ?Boleh ke saya berjaya .
Cepat je Kak Long boleh jawap soalan tu sebab dah pernah lalui .
Sales ni adalah skill yang learnable .
Boleh di pelajari .
Boleh di transfer dari seorang kepada seorang yang lain .
Paling penting kena selalu jumpa mentor duduk dengan mentor .
Berapa kerap ?
Sekerap yang boleh .
Kalau boleh hari -hari.
Lagi cepat pandai .
Bukan nak lama -lama duduk tak ada tujuan .
Sejam sehari pun dah cukup .
Tak perlu lama -lama .
Repetition is the mother of success !
Nak buat sales banyak perkara kena ada supaya hasilnya cemerlang .Bukan setakat skill sahaja .
Mindset.
Heartset.
Skillset.
Dari situ Kak Long terfikir kalau semua orang ni dapat bimbingan yang betul,mereka bukan saja boleh berjaya dalam sales,tapi boleh jadi insan yang lebih tenang, lebih yakin, dan lebih berprinsip.
Sebab tu Kak Long pilih untuk buka ruang mentor secara online.
Cara yang paling efektif supaya Kak Long boleh di access dengan mudah oleh lebih ramai orang pada satu masa .
Bukan sebab trend, tapi sebab nak sampai kepada lebih ramai orang.
Yang duduk jauh, yang sibuk jaga anak, yang baru mula semua patut ada peluang belajar.
Online ni bukan sekadar “kelas”.
Ia tempat berkongsi semangat.
Tempat Kak Long boleh tengok perubahan manusia daripada takut bercakap, jadi berani.
Daripada ragu-ragu, jadi yakin.
Daripada jual untuk duit, kepada jual sebab nak bantu.
Bagi Kak Long, sales mentor online ni bukan program.
Ia satu tanggungjawab.
Untuk bimbing, untuk faham manusia,
dan untuk tunjuk bahawa rezeki yang berkat datang bila kita jual dengan hati.
Itulah sebabnya Kak Long masih teruskan sampai hari ni.
Sebab setiap kali nampak peserta berubah —
Kak Long tahu, perjalanan ni berbaloi. 💛
So ini info tentang SALES MENTOR
KEISTIMEWAAN GROUP INI
👑 Privilege Khas
🎯Mesra Poket & Accessible
RM 300 lifetime .Yeayy !!!
Limited to first 100 person .
🎯Sesuai untuk orang yang perlukan “mentor standby” bila stuck dalam sales.
Masalah sales bukan berlaku sekali -sekali tetapi setiap hari
Sesuai untuk yang perlukan bimbingan cepat, mudah dan berterusan tanpa kos tinggi.
🎯Akses direct Kak Long
Kak Long sendiri yang akan jawab .Bukan admin bukan trainer lain .
Kak Long akan jawab secara ringkas, point-to-point (voice note / text).
🎯Unlimited Q&A
Boleh tanya soalan sales bila-bila masa dalam group (unlimited Q&A).
🎯Tak Teori, Terus Praktikal
Boleh tanya terus situasi sebenar (prospek cakap mahal, nak fikir dulu, nak compare, dll) dan dapat jawapan terus.
🎯Support Berterusan
Group jadi tempat rujukan bila stuck dengan prospek.
Macam “sales hotline” – boleh terus dapat panduan.
Tak perlu tunggu kelas atau coaching, bila stuck boleh terus tanya .
🎯Continuous Mentoring
Tak ada isu “habis kelas terus lost”, sebab support jalan sepanjang masa.
🎯Access Anytime Anywhere
Tak kira dekat mana, boleh join guna phone saja.
🎯Kandungan dalam group private sahaja, tak dikongsi luar.Exclusive untuk group ini sahaja .
🎯Ahli group ini sahaja boleh join untuk networking offline by invitation only .
🎯Medium Mentoring -akan di masukkan ke dalam group TELEGRAM .Setiap soalan akan di jawab samaada secara bertulis atau voice note daripada Kak Long .