MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI AKADEMIK 2027
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua pihak, keputusan penempatan ke Tahun Satu bagi Sesi Kalendar Akademik 2027 boleh disemak mulai 1 Ogos 2026.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa bagi permohonan yang BERJAYA, ibu bapa/penjaga TIDAK PERLU membuat sebarang PENGESAHAN sama ada melalui sistem idMe atau hadir ke sekolah.
Nama murid yang diluluskan akan ditarik masuk secara automatik ke sekolah yang telah diluluskan.
Bagi permohonan RAYUAN, ianya hanya boleh dibuat melalui sistem idMe sahaja.
Namun begitu, ibu bapa/penjaga adalah PERLU mencetak dan menyimpan surat kelulusan tersebut sebagai rujukan dan simpanan sendiri untuk kegunaan pada masa akan datang. Ini kerana sistem idMe tidak lagi menyimpan surat tawaran penempatan setelah sistem ditutup. Oleh itu, ibu bapa/penjaga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan tersebut.
Sehubungan itu, mohon pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada semua ibu bapa/penjaga agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.
Sekian, terima kasih.
Unit Prasekolah dan Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana











