https://www.facebook.com/share/p/1DVT7ZRqrw/?mibextid=wwXIfr
PROF DR OMAR KALASH AL-HUSAINIYY HADIR SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MAJLIS AMAL BERSAMA TYT PULAU PINANG
PULAU PINANG, 29 OGOS 2026 – Prof Dr Omar Kalash Al-Husainiyy, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) Innovative University College (IUC), telah hadir sebagai Tetamu Kehormat ke Majlis Amal bersama Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Majlis anjuran Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor (PEKENANG) itu berlangsung di Hotel Gurney Bay, Pulau Pinang pada jam 10.30 pagi.
PEKENANG yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1968 merupakan wadah yang menghimpunkan anak-anak Melayu Pulau Pinang di perantauan.
Dalam majlis tersebut, Prof Dr Omar turut hadir majlis menyampaikan sumbangan kepada 150 orang pelajar sekolah dan 100 keluarga asnaf sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan. Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban keluarga penerima serta menyediakan keperluan pendidikan kepada pelajar.
Program ini juga bertujuan memupuk budaya prihatin, memperkukuh semangat kesukarelawanan dan meningkatkan kerjasama antara kepimpinan negeri, pertubuhan masyarakat dan pihak korporat dalam melaksanakan agenda kebajikan rakyat.
Kehadiran Prof Dr Omar sebagai Tetamu Kehormat mencerminkan komitmen IUC dalam menyokong inisiatif kebajikan masyarakat dan memperkukuh kerjasama strategik bersama PEKENANG serta pihak kerajaan negeri.