Drama Propaganda Dan Hipokrasi Rejim Syiah Iran: Bila Rekod Hilang Nyawa Dosa Sendiri Cuba Dipadamkan!
Perdebatan panas antara wartawan propaganda Syiah, Mohammed Ali Al-Hakim dan penyampai berita Al-Arabiya mendedahkan kepura-puraan melampau yang sekian lama menjadi amalan rejim Mullah di Tehran serta penyohor-penyohor medianya.
Apabila Al-Hakim cuba memainkan sentimen emosi dengan menuding jari mengenai kematian orang awam, penyampai Al-Arabiya terus membalas dengan fakta sejarah yang menusuk kalbu: Iran sendiri pernah membedil kawasan sekitar Sekolah Rendah Balat Al-Shuhada di Baghdad ketika Perang Iran-Iraq, yang mengorbankan lebih 32 anak-anak sekolah yang tidak berdosa!
Sikap talam dua muka ini membuktikan bahawa agenda rejim Syiah Iran dan jurucakap mereka bukannya ikhlas membela hak kemanusiaan, sebaliknya sekadar memperalatkan nyawa kanak-kanak sebagai modal propaganda politik.
Apabila dosa dan kezaliman sendiri dibangkitkan, mereka serta-merta kelu seribu bahasa!
(Itu pun belum di bahaskan tentang 'dosa' dan kejahatan mereka di Syria dan Yaman lagi!)
Banyak lagi info di: https://t.me/AsriKhalid
Telegram
1 Ummah
1 Ummah

1September 6, 2026 222