OPERASI GABUNGAN TURKI DAN SOMALIA BERJAYA BEBASKAN KAPAL MV LUTUF DARIPADA CENGKAMAN LANUN!
Selepas 10 hari berada dalam cengkaman lanun di perairan Puntland, kapal kargo MV LUTUF akhirnya berjaya dibebaskan hasil operasi ketenteraan bersama antara pasukan keselamatan Turki dan Somalia.
Kapal yang berlayar dari Turki menuju ke Dar es Salaam, Tanzania itu dirampas oleh sekelompok lanun pada 17 Ogos sewaktu berada di kawasan Nugaal.
Kerajaan Somalia mengesahkan bahawa tekanan ketenteraan yang berterusan selama 10 hari berjaya menumpaskan rompakan tersebut.
Dalam operasi berkenaan, seramai 14 orang lanun mati, manakala empat buah kapal yang digunakan oleh kumpulan perompak itu berjaya dimusnahkan.
Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan laluan perairan antarabangsa kekal terjamin daripada ancaman lanun.

3September 4, 2026 148