MELAMPAU DAN BIADAP! BEN-GVIR CEROBOH KAWASAN SUCI MASJID AL-AQSA DAN LAUNGKAN RANCANGAN UNTUK BINA KUIL!
Tindakan menteri Israel, Itamar Ben-Gvir, sekali lagi mencetuskan kemarahan apabila dia bertindak menceroboh kompleks Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci buat umat Islam.
Bukan sekadar menceroboh, dia dengan beraninya berucap di hadapan pendatang haram Yahudi dan menyatakan hasrat untuk mendesak kebenaran beribadat secara penuh buat penganut Yahudi di situ.
Malah, dia turut menegaskan bahawa rancangan pembinaan kuil Yahudi (Third Temple) bakal direalisasikan di tapak berkenaan selepas siri perang yang berlanjutan.
Tindakan mencabar sensitiviti dan kesucian Al-Aqsa ini jelas biadap dan melampau yang sengaja menyemarakkan lagi api konflik dan menindas hak umat Islam.
12
1
1
1September 2, 2026 346 3