E-HAILING DENGAN PENGAWAL PERIBADI Protector, sebuah aplikasi… — tvCTC.fm Blast — TG.ME

E-HAILING DENGAN PENGAWAL PERIBADI

Protector, sebuah aplikasi e-hailing baru di Amerika Syarikat yang menawarkan pengawal peribadi bersenjata sebagai pemandu.

Ketika ini, aplikasi ini hanya boleh diakses melalui peranti Apple dan telah menduduki kedudukan carta 20 aplikasi paling popular untuk kategori pengangkutan.

Pengguna perlu membayar yuran keahlian tahunan sebanyak $129 untuk menempah bekas atau anggota penguatkuasa undang-undang yang aktif sebagai pemandu mereka.

Kadar bayaran bermula dari $200 sejam untuk seorang pemandu dan seorang pengawal keselamatan, dengan tempoh tempahan minimum lima jam.

Permintaan aplikasi Protector ini dijangka meningkat terutamanya selepas kes pembunuhan CEO United Healthcare baru-baru ini.

📷 Protector Security Solutions

#EconomyExpress #Berita #News #App #Protector #Uber
February 27, 2025 322 1